skip to main |
skip to sidebar
Edisi 140 Julai 2009

Ringkasan- Guru Silat Lintar dari Perak yang di kenali dengan panggilan Pak Ali menceritakan zaman muda beliau dalam menuntut ilmu. Setiap hari pulang, badan lebam-lebam. Jika tidak kena, tidak sah dalam berlatih. Ikuti kisah guru itu yang bertajuk Bukan buah samseng, buah pukul samseng.
- Tony Jaa mudah lupa – master Chiwin, demikian tajuk dari wawancara eksklusif dengan guru yang telah berkunjung ke pejabat seni beladiri baru-baru ini. Selain pelupa, apa lagi kelemahan Tony Jaa? Ikuti pendedahan itu.
- Penerbit Azlan Ghanie dengan tajuk Guru silat di kenali & di lupai membuka lagi kisah hidup guru-guru menyampaikan ilmu tradisi hingga anak murid beliau jadi manusia Berjaya, jadi menteri, ahli korporat, professor dan sebagainya. Namun kehidupan guru itu yang memelihara dan menyampaikan ilmu it uterus terbiar, sudah di lupai, di sakiti, di aniayai.
- Granmaster Brandon Chan dari Malaysia Ving Chun Kung Fu menulis mengenai perguruan itu. Ia berbahasa Inggeris dan siri pertama mengenai sejarah dan pengenalan dalam tajuk Experience And Thoughts On Ving Chun Kung Fu.
- Cemara Bugis terus melangkah dan aktiviti terbaru mengadakan program pembangunan silat di Perak.
- Penulis buku Sains Kesyukuran Zony Said telah menghasilkan satu rencana cukup menarik. Fikiran anda akan terkupas dalam tajuk beliau Nama & perjuangan pahlawan Melayu CATAT DALAM SEJARAH NEGARA.
- Kolum yang terus meletup. Kali ini Adap Guru Sebelum Musuh mendedahkan kisah guru mengasah pesilat beliau dan di sebalik rahsia itu.
- Kenapa masuk rumah Melayu mesti dengan langkah kaki kanan? Diterang dengan ringkas dan mudah oleh penceramah Adat Melayu, Azlan Ghanie.
- …manusia yang beradab adalah manusia yang berbudaya, begitu juga dengan manusia yang berbudaya adalah manusia yang beradab, manusia beradab adalah manusia yang beragama – Pakteh Ramli.
- Tikaman Rosli Dhobi terus membangkitkan perjuangan orang Sarawak.
0 Komen:
Post a Comment