Edisi 142 September 2009

  • Guru Masdon dalam wawancara eksklusif dengan majalah SENI BELADIRI (SB) menjawab isu-isu berbangkit yang sering menjadi kontrovesi masyarakat dan juga dalam forum internet.…m/s 5.
  • Grandmaster Ally CH Teoh mendedahkan taekwando zaman beliau dengan sekarang. Apa bezanya?...m/s 16.
  • Bengang & bangang Kenapa tajuk Azlan Ghanie sebegitu bulan ini? Apa yang dibengang dan kenapa bangang. Ikuti tulisan beliau dalam Sembah salam…m/s 19.
  • Seorang warga silat dengan nama pena Wasit Pencen menarikan pena beliau dengan membentang isu pembatalan silat olahraga di pertandingan kebangsaan. Hujah beliau masuk akal... ikutinya dalam kolum Jangan Tak Cakap…m/s 21.
  • Grandmaster Brandon Chan melebarkan sejarah Ving Chun dengan kisah Ip Chun yang pada mulanya anak sulong Yip Man itu tidak begitu berminat mempelajari ilmu berkenaan…m/s 27.
  • Guru Dahlan Karim membuka tajuk menarik Pinjam Robin Hood dan Hindustan. Kenapa guru itu berkata demikian bulan ini?...m/s 36.
  • Seorang tokoh beladiri, Dr Song Swee Hee mahu guru yang telah berjasa wajar diberikan sesuatu. Apa yang patut diberikan?...m/s 50
  • Taking It One Kick At A Time... tajuk yang diberikan oleh penulis dari Kanada tetapi menetap di Korea. Beliau, Guy Edward Larke mengajar bahasa Inggeris dan masa terluang beliau dihabiskan di beberapa gelanggang latihan beladiri. Ikuti artikelnya…m/s 52.
  • Gelanggang Tradisi bulan ini menyambung Adat Melayu dalam Adap Guru Sebelum Musuh dengan tajuk Menuntut dengan beradat supaya tidak bersilat terbuka aurat…m/s 54.
  • Akhir Kalam: kembali kepada asal Siri akhir Pak Teh Ramli mengenai tanda-tanda Silat Pulut hendak meninggalkan...m/s 60.
  • Best form of self defense: Not to Offend Pengamal silat Amerika Syarikat, Rocky terkejut dengan penemuan baru dan menceritakan...m/s 61.

Edisi 141 Ogos 2009

Miliki edisi ini sekarang! Maklumat mengenai edisi ini akan dikemaskini tidak lama lagi.



Edisi 140 Julai 2009

    Ringkasan
  • Guru Silat Lintar dari Perak yang di kenali dengan panggilan Pak Ali menceritakan zaman muda beliau dalam menuntut ilmu. Setiap hari pulang, badan lebam-lebam. Jika tidak kena, tidak sah dalam berlatih. Ikuti kisah guru itu yang bertajuk Bukan buah samseng, buah pukul samseng.
  • Tony Jaa mudah lupa – master Chiwin, demikian tajuk dari wawancara eksklusif dengan guru yang telah berkunjung ke pejabat seni beladiri baru-baru ini. Selain pelupa, apa lagi kelemahan Tony Jaa? Ikuti pendedahan itu.
  • Penerbit Azlan Ghanie dengan tajuk Guru silat di kenali & di lupai membuka lagi kisah hidup guru-guru menyampaikan ilmu tradisi hingga anak murid beliau jadi manusia Berjaya, jadi menteri, ahli korporat, professor dan sebagainya. Namun kehidupan guru itu yang memelihara dan menyampaikan ilmu it uterus terbiar, sudah di lupai, di sakiti, di aniayai.
  • Granmaster Brandon Chan dari Malaysia Ving Chun Kung Fu menulis mengenai perguruan itu. Ia berbahasa Inggeris dan siri pertama mengenai sejarah dan pengenalan dalam tajuk Experience And Thoughts On Ving Chun Kung Fu.
  • Cemara Bugis terus melangkah dan aktiviti terbaru mengadakan program pembangunan silat di Perak.
  • Penulis buku Sains Kesyukuran Zony Said telah menghasilkan satu rencana cukup menarik. Fikiran anda akan terkupas dalam tajuk beliau Nama & perjuangan pahlawan Melayu CATAT DALAM SEJARAH NEGARA.
  • Kolum yang terus meletup. Kali ini Adap Guru Sebelum Musuh mendedahkan kisah guru mengasah pesilat beliau dan di sebalik rahsia itu.
  • Kenapa masuk rumah Melayu mesti dengan langkah kaki kanan? Diterang dengan ringkas dan mudah oleh penceramah Adat Melayu, Azlan Ghanie.
  • …manusia yang beradab adalah manusia yang berbudaya, begitu juga dengan manusia yang berbudaya adalah manusia yang beradab, manusia beradab adalah manusia yang beragama – Pakteh Ramli.
  • Tikaman Rosli Dhobi terus membangkitkan perjuangan orang Sarawak.

Edisi 139 Jun 2009

Miliki edisi ini sekarang! Maklumat mengenai edisi ini akan dikemaskini tidak lama lagi.

Edisi 138 Mei 2009

Miliki edisi ini sekarang! Maklumat mengenai edisi ini akan dikemaskini tidak lama lagi.